Jumat, 22 Februari 2013

puisi indahnya wajahmu

INDAHNYA WAJAHMU

Hari demi hari
apabila mataku melihat wajahmu yang berseri
ada sesuatu timbul di hatiku

Menjadikan wajahnya sentiasa melukis di fikiranku
tiada kejemuan pada lukisan wajahnya
akan aku lukis setiap masa di fikiranku

Apabila wajahmu senyum padaku
akanku balas senyumku kepada wajahmu
kerana manisnya senyummu
mencipta memori yang terindah
sepanjang kehidupanku

Walaupun diriku dan dirimu banyak perbezaan
bagaikan langit dan bumi

Dirimu juga mengenali diriku seorang sahabat
tetapi diriku mengenali dirimu lebih dari sahabat
kerana hatiku sudah terpesona dengan keindahanmu

Tidak ada komentar:

Posting Komentar